Palestin Kami Bersamamu.

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 7:47 AM | 0 comments »

Puisi Selamat Hari Lahir

aku nyanyikan sebuah lagu untukmu
selamat hari lahir
namun tiadalah kek daripadaku
melainkan senjata dan darah yang mengalir
melainkan semangat yang membara tanpa kaku
bersama-sama kekuatan yang takkan mencair

bersama kita senang
bersama kita tenang
kini masa bersusah telah datang
tetapi aku tidak mahu kita renggang

marilah bersamaku
menyambut hari lahir kita
kunyanyikan kepadamu
lagu-lagu gembira
yang mengingatkan jannah kepada kita

selamat hari lahir
selamat hari lahir
kepada mujahid muda
tiadalah pada bibirnya
kau kau aku aku
tetapi yang ada pada kalamnya
kau dengan perjuangan kau dan aku akan sentiasa bersama

kunyanyikan lagu ini
melodinya dentuman bom ledakan peluru
mengikut irama suasana
dengan musik menggetarkan jiwa
kita bernyanyi dengan lagu kekuatanNya
gerak selangkah tanpa undur kalah
hidup mulia atau mati sebagai syuhada

selamat hari lahir
selamat hari lahir

aku tersenyum bila punya teman
pada masa tiada yang hendak bersama
kita duduk seketika beriman
kemudian keluar berjuang sama

selamat hari lahir
selamat hari lahir
laguku ibarat air yang mengalir
tiadalah air mata sahaja yang mampu menuruni pipi
tetapi darah juga akan membanjiri hati ini

hai mujahid muda
kau gendong senjatamu
mari kita keluar dengan niat meruntuhkan mereka
andai tidak teruntuh hari ini
cukuplah dengan menggegarkan kubu si celaka
agar mereka tahu
batu-batu yang mereka pecahkan
telah mengeluarkan nuklear-nuklear yang menggerunkan penderhaka

selamat hari lahir
selamat hari lahir
kupukul gendang gembira
dengan senyum yang manis tak terkira
kau dan aku
kau dan aku
kita bersama
lahir sebagai mujahid muda

kau dengan perjuangan kau dan aku akan sentiasa bersama
kau adalah tangan yang membaling batu dan aku adalah sendinya
kau si penembak berani dan aku adalah senjatanya
kau terbang di langit tinggi dan aku adalah sayapnya

0 comments