MAHASISWA TURUT MEMBANTAH PPSMI

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 6:44 PM | 0 comments »

07/03/09 (sabtu);2ptg kami gabungan mahasiswa memulakan perarakan daripada SOGO ke Istana Negara.Hampir 5000 mahasiswa daripada pelbagai Universiti datang bagi menyatajan sokongan terhadap perhimpunan yang membantah PPSMI.. Kami berarak daripada SOGO ke Masjid Negara dan seterusnya ke Istana Negara bagi menyertai kumpulan yang lain. Dianggarkan lebih 100 000 rakyat yang turun untuk menyatakan bantahan terhadap isu ppsmi.

Perarakan diteruskan sehingga lebih kurang 500 meter lagi dengan jarak Istana Negara kumpulan perarakan telah di hujani dengan peluru gas penedih mata dan mengakibatkan ahli perarakan berpecah kepada banyak kumpulan. FRU dengan rakus dan KEANJINGAN terus melepaskan tembakan gas pemedih mata dan WATER CANON.

Akhirnya hanya sekumpulan yang awal sahaja dapat sampai ke hadapan Istana Negara namun masih di halang oleh pihak FRU.Akibatnya kumpulan perarakan yang berpecah terpaksa berpatah balik ke Masjid Negara.


0 comments