indahnya....

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 2:10 AM | 0 comments »

KEM KEPIMPINAN DAN ORGANISASI (KEMUDI)

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 11:47 PM | 0 comments »


Bertempat di SMK Seksyen 10 Kota Damansara, Program di bawah Kelab Fasilitator PMIUM telah bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan program ini.Seramai 12 orang fasilitator telah bersatu tenaga mencurahkan pengalaman kepada adik2 yang ratanya adalah PENGAWAS SMK Seksyen 10 Kota Damansara.







SANTAI PMKUM '09

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 11:29 PM | 0 comments »

Pada 8 Mac 03 iaitu pada hari Ahad Exco Sukan dan Rekreasi PMKUM telah menganjurkan Program Santai PMKUM 09. Program yang bertempat di Tasik Varsiti UM ini dianjurkan semata untuk mengumpulkan warga PMKUM dan anok2 KELATE bagi pogram saje2 relax dan bersantai. Mohd Aziezul Abdullah selaku pengarah bersama AJK nya telah mempersiapkan pelbagai permainan antara yang paling meriah ialah BERKAYAK.







sorotan BANTAH PPSMI.

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 1:32 AM | 0 comments »





..KeAnjinGan MakhLuk BeRwArna MerAh.....

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 7:08 PM | 0 comments »




pertama kali dalam hidup aku merasai kepedihan yang amat menggila akibat daripada GAS PEMEDIH MATA dan WATER CANON yang digunakan oleh makhluk keanjingan beruniform merah..Pada pukul 1.00tgh tu aku ajak Amir g perhimpunan PPSMI di Masjid Negara..Dalam pukul 2ptg kami kumpulan daripada gabungan Mahasiswa berkumpul daripada SOGO sebelum bergerak ke Istana Negara.

lebih kerang setengan jam berjalan kumpulan yang berada di hadapan kami telan di tembak dengan gas pemedih mata,,aku dapat melihat daripada jauh kepulan asap dan deruman siren anjing-anjing ini yang menunggu di lepaskan daripada kandang mereka...Hampir sahaj dengan kumpulan tersebut mata aku dan merasa pedih,,aku melihat kepada amir yang telah mematikan perjalanannya kerana sudah terasa bahang gas tersebut,,,akibatnya kumpulan kami terpaksa berundur seketika.

Dengn desakan kebencian kepada kezaliman ini kami meneruskan perjalanan untuk sama begabung dengan kumpulan yang di hadapan..akhirnya semapt kami merapatkan barisan perarakan dengan kumpulan yang berada di hadapan..DISINI lah aku betul2 terasa di uji dengan kecelakaan bom ciptaan manusia yang di panggil gas pemedih mata..tembakan demi tembakan dilepaskan kepada kumpulan kami,,aku dapat melihat 2,3 orang yang sempat memegang dan membaling semula gas tersebut kepada kumpulan keanjingan itu... namum kudrat manusia terus kalah dengan kezaliman gas tersebut,,aku sendiri merasakan tidak mampu untuk berdiri lagi...terasa seolah mata dan hidung ku ingin sahaja luruh dari muka ini..begitulah rasanya pedih dan sakit akibat daripada pukulan gas tersebut,,,akhirnya kami terpaksa berundur untuk mencari kawasan yang selamat... dalam pada kesakitan iti seorang pak cik yang sama berkumpul memberikan air GARAM untuk disapu pada muka..aku sempat menadah tangan dalam kesesakan itu,,dapat juga walaupun sdkit,,rupanya inilah penawar bagi gas tersebut..hanya AIR GARAM yang mampu memberi sdkit kelegaan pada muka aku yangtd pedih sgt2.

Setelah keadaan agak pulih ktua perarakan mengarahkan kami berpatah ke Masjid Negara...aku juga merasakan tenang apabila kami berpatah balik walauun agak kecewa x mampu sampai ke Istana Negara,,,,Lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke Masjid Negara sekali lagi aku dapat melihat makhluk keanjingan ini,,kali ini betul2 di hadapan aku....dengan truk semburan air di hadapan dan di ikuti makhluk merah yang agak ramai kali ini...belum jer aku sempat sampai ke perkarangan masjid aku melihat truk tadi terus menyembur kepada crowd perarakan yang ingin berlindung di masjid..dengan kebencian di hati aku mengambil seketul batu dan membaling kepada truk celaka tadi..aku sempat melihat ada 3,4 orang yang sedang berada di hadapan truk dan sedang di sembur...truk celaka terus memusingkan paip semburannya tanpa mengira siapa sahaja yang melalui situ,,aku juga terkena tempiasan dan hujan tersebut,,,SERTA MERTA TUBUH KU RASAKAN LONGLAI,PEDIH,SAKIT,LEMAS DAN X MAMPU BERNAFAS,,,AKU SEOLAH MERANGKAK MENCARI TEMPAT YANG X TERKENA HUJAN AIR CELAKA ITU...RUPANYA AIR INI PUN SECELAKA GAS TADI MALAH IANYA LEBIH JAHAT DAN KESANNYA SECEPAT IA TERKENA KULIT,,,MERANGKAK KU MENCARI PERLINDUNGAN..inilah pengalaman aku pertama merasai kejahatan,kecelakaan FRU...segera aku teringatkan orang tersayang dan juga saudara di Palestin yang berhadapan peluru hidup...jika aku hanya di uji dengan gas dan air celaka namum mereka lebih lagi...

MAHASISWA TURUT MEMBANTAH PPSMI

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 6:44 PM | 0 comments »

07/03/09 (sabtu);2ptg kami gabungan mahasiswa memulakan perarakan daripada SOGO ke Istana Negara.Hampir 5000 mahasiswa daripada pelbagai Universiti datang bagi menyatajan sokongan terhadap perhimpunan yang membantah PPSMI.. Kami berarak daripada SOGO ke Masjid Negara dan seterusnya ke Istana Negara bagi menyertai kumpulan yang lain. Dianggarkan lebih 100 000 rakyat yang turun untuk menyatakan bantahan terhadap isu ppsmi.

Perarakan diteruskan sehingga lebih kurang 500 meter lagi dengan jarak Istana Negara kumpulan perarakan telah di hujani dengan peluru gas penedih mata dan mengakibatkan ahli perarakan berpecah kepada banyak kumpulan. FRU dengan rakus dan KEANJINGAN terus melepaskan tembakan gas pemedih mata dan WATER CANON.

Akhirnya hanya sekumpulan yang awal sahaja dapat sampai ke hadapan Istana Negara namun masih di halang oleh pihak FRU.Akibatnya kumpulan perarakan yang berpecah terpaksa berpatah balik ke Masjid Negara.


Palestin Kami Bersamamu.

Posted by Mohd Aziezul Abdullah | 7:47 AM | 0 comments »

Puisi Selamat Hari Lahir

aku nyanyikan sebuah lagu untukmu
selamat hari lahir
namun tiadalah kek daripadaku
melainkan senjata dan darah yang mengalir
melainkan semangat yang membara tanpa kaku
bersama-sama kekuatan yang takkan mencair

bersama kita senang
bersama kita tenang
kini masa bersusah telah datang
tetapi aku tidak mahu kita renggang

marilah bersamaku
menyambut hari lahir kita
kunyanyikan kepadamu
lagu-lagu gembira
yang mengingatkan jannah kepada kita

selamat hari lahir
selamat hari lahir
kepada mujahid muda
tiadalah pada bibirnya
kau kau aku aku
tetapi yang ada pada kalamnya
kau dengan perjuangan kau dan aku akan sentiasa bersama

kunyanyikan lagu ini
melodinya dentuman bom ledakan peluru
mengikut irama suasana
dengan musik menggetarkan jiwa
kita bernyanyi dengan lagu kekuatanNya
gerak selangkah tanpa undur kalah
hidup mulia atau mati sebagai syuhada

selamat hari lahir
selamat hari lahir

aku tersenyum bila punya teman
pada masa tiada yang hendak bersama
kita duduk seketika beriman
kemudian keluar berjuang sama

selamat hari lahir
selamat hari lahir
laguku ibarat air yang mengalir
tiadalah air mata sahaja yang mampu menuruni pipi
tetapi darah juga akan membanjiri hati ini

hai mujahid muda
kau gendong senjatamu
mari kita keluar dengan niat meruntuhkan mereka
andai tidak teruntuh hari ini
cukuplah dengan menggegarkan kubu si celaka
agar mereka tahu
batu-batu yang mereka pecahkan
telah mengeluarkan nuklear-nuklear yang menggerunkan penderhaka

selamat hari lahir
selamat hari lahir
kupukul gendang gembira
dengan senyum yang manis tak terkira
kau dan aku
kau dan aku
kita bersama
lahir sebagai mujahid muda

kau dengan perjuangan kau dan aku akan sentiasa bersama
kau adalah tangan yang membaling batu dan aku adalah sendinya
kau si penembak berani dan aku adalah senjatanya
kau terbang di langit tinggi dan aku adalah sayapnya